Rabu, 17 Disember 2008

tentang diriku...


Nama aku nurakma suhaila binti mohd shari.


tarikh lahir :
dilahirkan pada 25 april 1992 bersamaan 26 syawal 1413 hijrah. aku lahir pada hari sabtu pada jam 2 pagi..zodiak mestilah Taurus.
aku mempunyai kembar tapi lain parents la iaitu sepupu aku.. aku lahir 1 jam lebih awal daripada dia.. nama dia sharizal.. serba sedikit persamaan aku dan dia
kadang kala serupa..

ahli keluarga:
ahli dalam rumah aku ada 7 orang mewakili 7 biji dragon ball xpun 7 benda ajaib di dunia..( yg ni aku merepek je ). ahli rumah aku terdiri
daripada nenek ( Fatimah bt Mahwi ), abah ( Mohd Shari Suratin )45, mak ( Noridah Erbas )43, abang ( Mohd Aziman )21,aku ( Nurakma Suhaila)16,
adik ( Mohamad Asraf )7, adik ( Muhammad Azizul Hafiz)3.jadinya aku ni kira anak tunggal perempuan la.. aku ingat dulu aku dengan abang aku je last2 masa aku
darjah 4 mak aku mengandungkan Asraf.. Lama juga aku jadi bongsu dalam 9 tahun..mestilah manja.. dlu abah pergi keje aku ikut je.. kemana abah pergi aku ikut
juga.. abah g jamban pun aku tunggu luar.. aku rapat dengan abah aku sebab abah keje kampung jadi banyak masa dengan aku.
masa aku kecik, mak keje kilang.. jadi tak banyak masa dengan mak.. tapi kasih sayang aku sama je dengan mak dan abah..

makanan yang xsuka :
selalu org bgtau makanan yang dia suka tapi aku ni jenis yang kuat makan n makan je apa yang ada cuma ada beberapa jenis benda je yang aku tak makan macam
ikan bilis,daging lembu,susu,ikan parit.. selalunya kalau mak aku masakkan cucur campur ikan bilis mesti aku buang ikan bilis baru makan macam tu juga kalau makan
nasi lemak ikan bilis.. yang daging lembu plak aku tak makan sebab dulu aku pernah makan tapi lepas tu aku munah2 n tak sihat.. kalau raya haji biasa dapat daging
aku ambik masa ni berpuasa.. tapi raya haji tahun ni family aku masak daging lembu sampai raya kedua je pastu keluarga aku banyak yang pening n sakit kepala terus
tak masak lagi.. mak aku kata nanti2 je.tapi aku tak kesah sebab aku tak makan pun.

pendidikan :
-masa aku kecik, aku mula sekolah tadika masa umur 4@5 tahun.. mula2 aku sekolah kat kampung haji razali sebab kampung aku kat situ tapi aku duduk dgn nenek kat
sungai burong.kira jauh juga la rumah dengan sekolah.. lepas tu ada sekolah baru kat tanjong karang, jadi aku pun pindah kat tanjong karang plak. sebenarnya sekolah
lama tu cikgu lain ambik alih tapi aku tak biasa dengan org lain jadi aku pun pindah ikut cikgu lama.. makin jauh nampaknya sekolah aku.. tapi dalam proses penukaran
sekolah tu aku sebenarnya tak tau nak pilih sekolah lama atau sekolah baru sampaikan nak fikir tu pun aku cuti lama gak hampir sebulan.. dah boring aku pikir
jadi aku ambik keputusan g sekolah baru. itu baru sekolah tadika.
-ni citer sekolah rendah plak.. aku punya citer sekolah rendah takde yang best la. UPSR aku pun 3A(BM,math) 2B ( B.I,Sains ).. english tak pernah dapat A
walaupun orang kata soalan tu soalan bocor..
-sekarang citer plak pasal sekolah menengah, sebab upsr aku dapat 3A.. aku pun dapa kelas 1A kira first class la juga.. dari sinilah aku boleh kenal dengan kakak aku
lepas aku mendaftar masuk as student 1A aku terus balik.. tak tau la ada kuasa apa aku boleh terfikir dengan orang yang daftarkan aku di kelas 1A td.. memang aku tak
boleh lupa dia.. rupanya dialah kakak aku. xsangka perkenalan bmula di situ.
** sebenarnya banyak je nak citer pasal kakak aku tp ntah xtau nak mula dari mana**

ucapan aku untuk pengunjung blog aku ni..
## selamat membaca diari dan isi hati aku. kalau ada nak komen sila la.. aku terima je untuk memperbetulkan diri aku##

Tiada ulasan: