Rabu, 10 Disember 2008

KAUM HAWA YANG ISTIMEWA





Love is too specific for someone to talk about it….



oh jiwaku, marilah merasai,dekat dengan Islam dekat jua dengan Allah Taala..ketahuilah jiwaku, natijah yang Nampak seolah-olah Islami, tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan Allah, ditolak oleh Allah s.w.t. dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh Allah s.w.t. satu hadith Rasululullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. wajar kita renumgkan.
Perkara pertama yang akan diputuskan di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat Allah, maka ditanya: Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu? Jawabnya: Saya telah berjuang untuk-Mu sehinggalah mati syahid. Jawab Allah: Dusta engkau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telahpun terkenal demikian. Kemudian diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.



Khusus untuk muslimah sedunia….Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukan diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan, harumannya menarik perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagar duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri, Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik……….”Ya Allah, jadikanlah kami bidadari syurga…



Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam, bukan daripada kepala untuk dijadikan pemimpinnya, bukan daripada kaki untuk dijadikan alasnya. Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindunginya dan dekat di hati untuk dicintainya. Sememangnya cinta adalah anugerah ALLAH terhadap hamba-hambaNya. Kita patut mensyukuri anugerah ini kerana tanpa rasa cinta itu, kita tidak akan dapat mencintai dan menyayangi semua orang dalam hayat kita. Kelahiran kita ke dunia juga adalah suatu bukti kekukuhan cinta. Oleh itu, tidak perlu rasa sesal atau mengalah jika kita mencintai seseorang kerana perasaan kasih sayang adalah normal bagi insan bergelar manusia.Cinta kita tidak sebanding cinta Khadijah terhadap Muhammad; sanggup berkorban harta-benda, nyawa malahan segala-galanya demi memperjuangkan ISLAM. Tidak setara dengan cinta Balqis terhadap Sulaiman yang mamapu menyatukan dua buah kota dan tidak mampu menandingi cinta Adam dan Hawa yang bertemu di syurga, terpisah dan menderita tetapi akhirnya bertemu di dunia. Kita sememangnya alpa sehinggakan sanggup mempertaruhkan agama demi cinta yang mungkin akan pudar silaunya, akan hilang serinya. Berdua itu sememangnya lebih baik, tetapi andainya berdua itu menghunus ke arah keruntuhan ISLAM, lebih baik kita berseorangan.Sebagai manusia, kita perlu mencari cinta di atas landasan nidham AL-ISLAM yang mengutamakan agama terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti keturunan, harta-benda dan paras rupa. Semestinya kita tidak mahu anak luar nikah terus-terusan lahir ke dunia hanya kerana atas nama cinta nafsu. Andai lalaki adalah ‘pencinta wanita’, lindungi dan pimpinlah kaum wanita ke jalan yang diredhai ALLAH. Bukan pula menjadi sebaliknya; memperlakukan cinta wanita ibarat ‘habis madu sepah dibuang’. Tidak tercabarkah lelaki yang dijadikan ALLAH sebagai khalifah di muka bumi, tidak mampu memimpin san member apa-apa manfaat sekalipun. Namun, tidak semua lelaki begitu, ada juga yang mencari keredhaan ALLAH dalam cintanya.Apa sebenarnya cinta? Cinta adalah dua jiwa dalam satu fikiran, dua hati dalam satu debaran. Begitulah bunga-bunga cinta. Kadang-kala tanpa sedar, kita jatuh cinta tetapi pada seseorang yang sukar diraih cintanya. Betapa ramai yang hadir dalam hidup kita, tetapi mengapa hanya kepada dia seorang hati kita bertaut? Jawapannya Cuma satu, kerana dia adalah dia dan tiada yang sama dengannya. Kalaulah cinta boleh dibeli, pasti sudah ramai yang mempunyai cinta tetapi tidak semudah itu. Seandainya telah tertulis di loh mahfuz, dia bukan jodoh kita, terimalah sebagai satu dugaan dari ALLAH yang hanya ingin mengukur tahap keimanan kita kepadaNya. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui, dia mungkin bukan jodoh yang terbaik buat kita walaupun kita menyayanginya separuh nyawa sekalipun atau mungkin juga jodoh kita seribu kali lebih baik daripada dia. Jika dia adalah jodoh kita, walau di mana dia berada, kita tetap akan dipertemukan juga kerana jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Yakinlah!!Tiada kata secantik bahasa yang dapat menggambarkan erti cinta sebenar kerana cinta hadir tanpa diundang. Kata orang, ‘dari mata turun ke hati’, begitulah cinta, hanya kerana pandangan pertama atau hanya dengan senyuman sahaja mampu membawa kita ke dunia cinta. Kita tidak akan tahu bila cinta bermula, apa yang penting, kita ingin hidup disampingnya, ingin menyayangi dirinya setulus mungkin, ingin berkongsi segala-galanya dengan dirinya walaupun kadang-kala kita terpaksa akur bahawasanya dia bukan milik kita. Love is when you care someone more than you care about yourself. Bila kita mula menyayangi dirinya? Fikirkanlah......

Tiada ulasan: