Rabu, 17 Disember 2008

KUASA ALLAH_kisah aku masa kecik kena hempap setandan buah kelapa

masa aku kecik dulu kawan2 yang paling rapat adalah sepupu aku iaitu ijol ( anak ucu ) dan jeli ( anak along )..aku,ijol dengan jeli ni suka sama n buat benda2 yang
pelik.. ex buat gelanggang silat kat bawah pokok cempedak pastu masak air dalam periuk campur dgn sayuran kononnya herba la.. pas air masak sapu air tu kat
tangan n mula bersilat.. ntah apa motif letak air pun aku tak tau..
pastu kitaorg main pondok2.. bukan pondok2 biasa macam budak2 sekarang.. tp pondok ni dibuat daripada batang pelepah kelapa sawit dengan daun pelepah
kelapa sebagai bumbung,tutup lantai dan dinding.. ada bahagian dapur, bilik, n ruang tamu..kira besar juga la.
kitaorg bertiga juga dulu suka bertani. antara sayur yang pernah ditanam adalah daun sup,kacang tanah,pegaga n aku tak ingat lagi la.. ada la yang tumbuh subur tapi
tanaman kitaorg yang kacang tu xjadi sebab ada satu hari tu tetiba hujan lebat jadi banjir habis tenggelam tanaman kitaorg.
aku ingat lagi, dulu ada rancangan ella dan eli ( dalam citer A.L.O.N.G ) bahagian masak2. jd masa aku kecik2 dulu aku suka masak dengan jeli and ijol tukang rasa..
macam2 juga masakan yang aku cipta sendiri tapi yang simple2 je la..budak2lah katakan.
aktiviti yang tak pernah aku lupa, masa kitaorg bertiga nak makan pelam.. kat kebun belakang rumah aku ada pokok pelam jadi kitaorg bertiga nak makan pelam
bawalah galah yang panjang sebab pokoknya tinggi.. dah dapat makan pelam tekak terasa haus la plak jadi kitaorg dapat idea..
dengan kitaorg bawa galah yang panjang kebetulan panjangnya sampai dengan pokok kelapa yang berhampiran dengan palong.. tanpa membuang masa kitaorg pun
kait la buah kelapa..bila buah kelapa nak jatuh je kitaorg lari.. baru 2 biji jatuh,tak cukup lagi tu.. jadi kait la lagi.. tetiba masa buah kelapa nak jatuh aku terpandang
atas lalu tergamam tak berganjak yang sepupu aku dua org tu dah lari dengan sekelip mata je setandan buah kelapa jatuh atas kepala aku..gedebuk.. kebaboom..
tapi aku tak rasa apa and stay je kat tempat aku berdiri tu.. sepupu aku kelam kabut la.. dipecahkan kelapanya pastu air dituangkan kart kepala aku.. apa motif ntah..
aku ingat umur aku dah xpanjang.. jadi malam tu aku takut nak tidur sebab aku takut esok aku tak dapt bangun.. tapi manalah dapat bertahan lama.. xlama tu
aku tido juga tapi sakitnya kepala aku rasa..aku tak bagitau sapa2 pun pasal hal ni masa tu sebab aku takut..perkara ni menjadi rahsia aku dengan sepupu aku masa
kecik dulu tp sekarang dh tak lagi. aku rasa kepala aku asik sakit je effect daripada kes ni la kot..hmm.. WALLAHUA'LAM..
**itulah dia kuasa ALLAH.. jika DIA berkehendak sesuatu maka jadilah apa yang dikehendakiNYA.. ALHAMDULILLAH umur ku masih panjang**

Tiada ulasan: