Rabu, 17 Disember 2008

LAGU BANJAR-SITI ROPEAH

lima pak akal naik sapeda mini
sapeda kempis renyang pula malingkit
lima pak akal handak mencari binik
binik yang manis tapi nang ganal burit

siti ropeah..
urangnya bunga
urangnya seksi
pintar bak asih
siti ropeah
urangnya bak enol
ujar urang juak
biar tuhak asal bakarul..
siti ropeah
nang awak mungkal
sekali senggol hati rasa tapuntal
oi oi oi oi
siti ropeah..
baisukan bangun guring
berbubung basah pinamang lomping
handak mandi terkuntang lanting
berjalan kenjak kenjot
oi oi oi oi
siti ropeah..
salawar kantak
babaju singkat
tali ha pusat aku lalu tapikat
ropeah..
sayangi aku ropeah
cintai aku
ropeah...
aku takutan ikam diambil urang
ropeah..ropeah..

apa sebenarnya yang aku nak jadi? impian?

PENGENALAN DIRI

aku sekarang sedang menuntut di SMK Sungai Burong dalam tingkatan 4scie (2008). aku pun tak tau kenapa ambik kelas sains..
untuk menentukan kerjaya masa depan memang susah dan terlampau banyak pilihan.. kalau nak ikut minat aku.. aku minat dalam fotografi, bidang it dan multimediA,dengan
kapal terbang pun aku minat.. dulu masa sekolah rendah seiap kali ada program maju diri(PMD) bila diminta buat biodata aaku pasti bila soal pekerjaan
aku selalu sangat menukar2 sampai confius bila dikumpulkan biodata tentang diri aku sendiri. sebenarnya aku nak jadi apa? antara cita-cita yang pernah diimpikan
-bisnes woman ( tp tak jadi sebab aku ni pemalu nak buat bisnes.. pernah try buat bisnes like jual burger,jual top up,jual barangan terpakai tp sebab aku malu jd barangan tu macam tak laku.. aku minta tolong along,sepupu n family aku utk support bisnes.alhamdulillah mereka tolong )
-saintis ( xjd juga sebab kalau nak jd saintis kena terer 3 subjek utama sains tapi aku biologi pun xlepas )
-polis ( bila difikirkan malas pula nak jadi polis, kena kawad.. lepas excident masa tingkatan 3 tu aku dah malas nak kawad sebab kaki pun xok nak berdiri lama2 )
-doktor ( mcm saintis tadi tu juga la.. biologi tak ok mana boleh jd doktor )
-cikgu ( aku ni hot temper la x layak jadi cikgu )
-jurutera komputer ( kelakar la, boleh ke aku jadi?)
-photographer ( aku memang minat dalam dunia teknologi tapi boleh hidup ke jadi photographer? )
-pilot ( entah la,, betul ke? kawan cakap nak jadi pilot kena berat 45kg sebab kalau tak kapal terbang tak dapat terbang)

tapi rasanya antara semua ni aku pilih yang mana? aku pun tak tau la.. itu baru citer pasal kerjaya pilihan..

tanya pasal impian pula ?
aku ni banyak impian yang aku bayangkan..
- aku nak jadi anak,adik,kakak,pelajar,kawan,kekasih yang baik terhadap orang yang sayang aku.
- aku nak buat orang yang sayang aku bahagia.. nak blajar masak sampai teror. nti senang nak sediakan masakan untuk diorang.. takkan aku je yg asik rasa masakan diorg. bg aku la plak yang masak.
- aku nak main muzik dengan nyanyikan lagu orang aku sayang suka..(biola,piano,gitar menjadi pilihan)
- kalau boleh aku dapat kerjakan haji sebelum aku menutup mata bersama orang aku syang.
- aku nak habiskan masa dengan orang aku sayang.bawanya jalan2 ke merata tempat..
- aku harap aku boleh hafal surah al-quran. sekarang baru hafal surah yassin dan sajadah dengan taranum sekali..
- aku nak tangkap gambar yang paling cantik untuk orang yang aku sayang..

antara impian yang aku harapkan berlaku .. sebenarnya banyak lagi tapi tak pe la yang lain simpan je.. tapi apa2 pun hidup bersama orang yang aku sayang memang aku tak pernah lupa..

Subjek yang aku minat..kenapa?

apa yang aku suka dengan subjek yang korang belajar?

B.M - sebab dulu masa tingkatan 1 kakak aku yang ajar BM..
B.I - macam tak best je.. tp masa tingkatan 2 dulu best la..
Maths - aku dari kecik memang suka maths walaupun masa tingkatan 3 macam blur je..nak tertido je bila ckg ngajar sb dia ngajar boring..
Sejarah - aku suka banyak tanya pasal sejarah tapi tak faham2 juga..banyak yang aku konfius la
Kimia - awal2 tahun macam blur je tapi bila dh akhir tahun pandai bula formula equation terus jadi minat.. macam equation tu key utama nak blaja kimia..
Biologi - aku tak minat sebab kalau byk tanya pun tak faham2 juga..kalau tak tanya langsung tak faham.
Fizik - ada kait mengait dengan math je..itu yang aku suka..
Add Maths - aku suka masa cikgu ngajar je..sebab dapat jawab semua soalan tp bila exam hampeh..
EST - aku klakar dengan cikgu tu je sebab suka sangat buat lawak n main teka-teki..kebanyakan teka-teki aku boleh jawab..kira terer la juga..
P.I - ustazah ni sporting sangat tp apa2 pun aku memang suka P.I

**sebenarnya aku nak ambik matapelajaran tambahan tasawur islam n geografi.. tapi aku takut.. betul ke nak jadi pilot aku ni?

sarang hal yoeh-I LOVE U

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

hari ini aku ada program kat sungai besar atas bangunan ppk. sebenarnya program tu nak buat kat dwn sabak tp xjd sebab ada masalah daripada
penukaran pemerintah. biasalah tu dah lepas pilihan raya macam-macam boleh jadi. aku bertolak awal pagi.lagi pun masa ni memang tengah cuti sekolah.
dalam seminggu kot,aku tak ingat sangat. macam2 perkara yang aku blaja kat program tu
. kitaorg rehat dalam pukul 12 lepas tu sambung balik tp xlama la sampai dalam pukul 3 dh hbs program tu. aku pun berjalan la menuju ke taman. pada hematnya
nak tunggu abah ambik tapi rasanya abah lambat lagi kot sampai. yelah mana taknya tanjong karang dengan sungai besar boleh dikira jauh la juga.
aku ambik kesempaan masa ni nak sembahyang zohor jadi carilah masjid. pastu tetiba dari jauh aku nampak ada masjid tapi jauh juga la pastu kena seberang jalan
. lantas aku ajak kawan2 aku yang ikut aku pergi masjid untuk sembahyang tapi diorang tak nak ikut sebab katanya jauh and nak sembahyang kat rumah je
aku dah ajak 2, 3 kali tapi diorang tak nak juga jd aku pergi la sendiri. semasa menyeberang jalan sempat aku terfikir "kalaulah aku boleh jumpa kakak aku kat sungai besar ni."
yelah bukan apa memang kampung dia kat sungai besar. kot la kan dia kluar g beli barang ke jd kitaorg blh terserempak tp aku dah agak benda tu mustahil.
aku meneruskan perjalanan aku ke masjid dengan berjalan kaki seorang diri. sampai je kat masjid aku ada nampak kereta yang macam kakak aku punya
tp number plat tak sama. adoyai aku ingat kereta kakak aku tadi. lepas aku tersenyum sorang2 tertiba aku nampak satu kereta ni mcm kereta kakak aku
gak, bila diperhati dengan agak lama... memang sah itu kerea kakak aku. number plat pun sama... dengan pantas aku buka kasut n masuk ke dalam
masjid tempat solat perempuan. di satu sudut aku ternampak seorang wanita bertelekung sedang duduk berzikir... dengan perlahan aku menuju ke arah
wanita tersebut dan amatlah aku terkejut wanita itu adalah kakakku.. akhirnya termakbul juga lah permintaan aku yang aku kira amat musahil untuk aku bayangkan.
rasa best sangat xau nak gambarkan. kami bertemu di rumah ALLAH..wajahnya kelihatan tenang..hati aku amat gembira rasa nak ku peluk cium je
kakak aku tu... :) tp bila tgk jam dh nak masuk solat asar.. kakak aku suruh aku cepat sembahyang zohor kalau tak nanti terlepas waktu plak..
denagn segera aku mengambil wudhuk dan solat.. lepas azan solat asar kami ak solat ikut imam sebab kakak kata dia nak cepat g klinik gigi..
jadi aku dan kakak aku sembahyang sama2.. selepas solat n selesai bdoa.. aku dan kakak aku sempat bersembang dan pada ketika itu kakak
aku menyampaikan 'saruan'(bahasa banjar) jemput aku n family datang kat rumahnya ada kenduri 15.03.2008 tapi kakak aku tak bagi tau
kenduri apa.. dalam hati banyak agakan yang bermain.. bila aku tanya dia tak nak bagitau.. dia hanya suruh datang je.. selepas le kami beriringan keluar
.. kakak tawarkan nak bawa aku ke taman temapat kawan2 aku tadi sebab dia xnak aku jalan kaki.. aku pun ikut kakak aku.. pertemuan di rumah ALLAH
membawa kepada kegembiraan kepada aku.. mana tak nya dah seminggu aku tak jumpa kakak aku. jadi rasa rindu tu menyengat ke dalam lubuk hati.
kami berpisah di taman.. terima kasih kepada kakak. tak lama lepas tu ayah aku pun datang ambik. aku dan 2 lagi kwn aku naik kete sama dengan ayah aku
sampai di pertengahan jalan( kira2 kat sekinchan) hujan lebat turun.. dh tutup ingkap kete pasang la air cond. boleh lupa plak tu air cond kee ayah aku
tu ada masalah.. ha..tup tup xsampai stgh jam kete ayah aku k.o la plak.. nasib la badan.. kitaorg letak kete tepi jln and g warung yang berdekatan
sementara tunggu ucu aku datang.. sedihnya.. dah la hujan lebat, kete masalah.. pas ucu aku datang kete ayah kena la tarik sampai rumah..
huhu.. :(.. itulah cerita suka duka aku dalam 1 hari.. memang tak best citer ni kalau korang baca.. tapi hari ni(hari kejadian) menjadi hari yang tak pernah aku
lupakan.. Rupanya kakak aku jemput datang kenduri tu sebab kakak aku nak bernikah.;.. sedihnya hati aku.. dalam suka ada duka...
**sebenarnya aku dalam keluarga merupakan anak tunggal perempuan, jadi bila aku dah dpat kakak angkat, aku sayang sangat.. and aku tak anggap kakak
aku sebagai kakak angkat tapi macam real sister..**
wassalam.. akhir kata
[s][e]ntia[s]a di [h][A]ti -Akma

Hadiah birhday yang tak pernah aku lupakan

pada 29/04/2006
aku meraikan birthday aku yang ke-14 walaupun lewat beberapa hari. kakak aku bawa aku g KL. kakak tinggallkan kereta kat kawasan apartmen kak long kat shah alam
n naik teksi,pastu LRT,monorel n segala benda aku dah naik sampai kat kat titiwangsa..kitaorg cari tempat penginapan. ada hotel yang kakak tau tapi dah penuh plak.. jadi
kitaorang terpaksa berjalan kaki mencari hotel lain.. pastu tak lama tu jumpa la hotel grand season. pas check in dapat la bilik number 3021.. tinggi gak dapat tingkat ke 30..
lepas tukar pakaian n solat. aku ngan kakak aku kuar nak g cosmo world,times square.. kenalah berjalan kaki lagi g tempat phentian monorel.. tak lama lepas tu sampai la
kat cosmo world.. bestnya aku rasa .. kat situ aku main banyak permainan like roller coaster n ntah la benda apa yang berpusing2 tu.. aku ajak kakak aku g main
roller coaster tp sebenarnya kakak aku takut tapi dia naik juga.. bila roller coaster tu dh jalan lain plak citernya..aku plak yang takut sampai tutup mata n kakak aku
plak yang suka.. bila tengok gambar yang pihak cosmo dapat tangkap jadi malu plak aku.. yelah mana taknya mula berani je tapi lepas tu jadi takut.. lepas puas main
kiaorg jalan2 window shopping. kakak aku suruh aku pilih jam yang aku suka.. dah lama pilih jadi aku pun pilih jenama B.U.M harganya adalah nak dekat RM300.
dah tu kitaorg balik ke hotel.. n tdo dengan rasa bahagianya menjalani kehidupan pada hari tu..

esoknya..
kitaorg balik sebelum tu kakak bawa g Putrajaya. kitaorg makan apa yang kitaorg dah beli kat shah alam td.. memang best berdua2an dengan kakak aku..hehe..
tp masa tu aku rasa macam tak sihat mungkin sebab masa kat hotel tu air condnya kuat sangat.. aku jadi sakit tekak.. samapai rumah aku rasa seronok sangat..
banyak perkara yang aku tak boleh lupa untuk 2 hari tu..

pemakanan yang dilarang

makanan yang boleh menyebabkan cepat lupa

-selalu makan makanan yang mengandungi asid yang tinggi atau masam seperti epal hijau boleh menyebabkan lupa menurut Imam Az-zuhri
-memakan bawang besar, terutamanya yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa..
-ketagihan candu,dadah,rokok dan tembakau akan merosakkan otak.
-makan terlalau kenyang akan menyebabkan malas dan mengelapkan akal ( malas berfikir )
-sering makan organ dalaman haiwan secara berlebihan akan menyebabkan otak mudah lupa.
-memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lipas,semut,lalat dan juga tikus boleh menyebabakan lupa.
-kerap makan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi pertumbuhan otak
-rasulullah s.a.w menggalakkan umat islam memakan makanan masakan sendiri dan tidak menggalakkan makan dan minum diluar kerana ini lebih menjamin kehalalan dan kesuciannya..sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : " kebiasaan makan dan minum di pasar adalah suatu yang merendahkan martabat." ( hadis riwayat ad-dailami )
-banyak makan makanan ringan yg tinggi kandungan bahan perasa seperti monosodium glutammate ( MSG ) dan bahan pengawet yang tak baik utk otak..
-minuman bergas
-makan kepala ikan terutamanya bahagian otak dan insang kerana mengandungi asig yang tinggi..
-makan makanan sisa orang lain.
-makanan hampir basa dan sudah basi tak baik utk kesihatan..makanan daripada sumber haram boleh membutakan hati..

tentang diriku...


Nama aku nurakma suhaila binti mohd shari.


tarikh lahir :
dilahirkan pada 25 april 1992 bersamaan 26 syawal 1413 hijrah. aku lahir pada hari sabtu pada jam 2 pagi..zodiak mestilah Taurus.
aku mempunyai kembar tapi lain parents la iaitu sepupu aku.. aku lahir 1 jam lebih awal daripada dia.. nama dia sharizal.. serba sedikit persamaan aku dan dia
kadang kala serupa..

ahli keluarga:
ahli dalam rumah aku ada 7 orang mewakili 7 biji dragon ball xpun 7 benda ajaib di dunia..( yg ni aku merepek je ). ahli rumah aku terdiri
daripada nenek ( Fatimah bt Mahwi ), abah ( Mohd Shari Suratin )45, mak ( Noridah Erbas )43, abang ( Mohd Aziman )21,aku ( Nurakma Suhaila)16,
adik ( Mohamad Asraf )7, adik ( Muhammad Azizul Hafiz)3.jadinya aku ni kira anak tunggal perempuan la.. aku ingat dulu aku dengan abang aku je last2 masa aku
darjah 4 mak aku mengandungkan Asraf.. Lama juga aku jadi bongsu dalam 9 tahun..mestilah manja.. dlu abah pergi keje aku ikut je.. kemana abah pergi aku ikut
juga.. abah g jamban pun aku tunggu luar.. aku rapat dengan abah aku sebab abah keje kampung jadi banyak masa dengan aku.
masa aku kecik, mak keje kilang.. jadi tak banyak masa dengan mak.. tapi kasih sayang aku sama je dengan mak dan abah..

makanan yang xsuka :
selalu org bgtau makanan yang dia suka tapi aku ni jenis yang kuat makan n makan je apa yang ada cuma ada beberapa jenis benda je yang aku tak makan macam
ikan bilis,daging lembu,susu,ikan parit.. selalunya kalau mak aku masakkan cucur campur ikan bilis mesti aku buang ikan bilis baru makan macam tu juga kalau makan
nasi lemak ikan bilis.. yang daging lembu plak aku tak makan sebab dulu aku pernah makan tapi lepas tu aku munah2 n tak sihat.. kalau raya haji biasa dapat daging
aku ambik masa ni berpuasa.. tapi raya haji tahun ni family aku masak daging lembu sampai raya kedua je pastu keluarga aku banyak yang pening n sakit kepala terus
tak masak lagi.. mak aku kata nanti2 je.tapi aku tak kesah sebab aku tak makan pun.

pendidikan :
-masa aku kecik, aku mula sekolah tadika masa umur 4@5 tahun.. mula2 aku sekolah kat kampung haji razali sebab kampung aku kat situ tapi aku duduk dgn nenek kat
sungai burong.kira jauh juga la rumah dengan sekolah.. lepas tu ada sekolah baru kat tanjong karang, jadi aku pun pindah kat tanjong karang plak. sebenarnya sekolah
lama tu cikgu lain ambik alih tapi aku tak biasa dengan org lain jadi aku pun pindah ikut cikgu lama.. makin jauh nampaknya sekolah aku.. tapi dalam proses penukaran
sekolah tu aku sebenarnya tak tau nak pilih sekolah lama atau sekolah baru sampaikan nak fikir tu pun aku cuti lama gak hampir sebulan.. dah boring aku pikir
jadi aku ambik keputusan g sekolah baru. itu baru sekolah tadika.
-ni citer sekolah rendah plak.. aku punya citer sekolah rendah takde yang best la. UPSR aku pun 3A(BM,math) 2B ( B.I,Sains ).. english tak pernah dapat A
walaupun orang kata soalan tu soalan bocor..
-sekarang citer plak pasal sekolah menengah, sebab upsr aku dapat 3A.. aku pun dapa kelas 1A kira first class la juga.. dari sinilah aku boleh kenal dengan kakak aku
lepas aku mendaftar masuk as student 1A aku terus balik.. tak tau la ada kuasa apa aku boleh terfikir dengan orang yang daftarkan aku di kelas 1A td.. memang aku tak
boleh lupa dia.. rupanya dialah kakak aku. xsangka perkenalan bmula di situ.
** sebenarnya banyak je nak citer pasal kakak aku tp ntah xtau nak mula dari mana**

ucapan aku untuk pengunjung blog aku ni..
## selamat membaca diari dan isi hati aku. kalau ada nak komen sila la.. aku terima je untuk memperbetulkan diri aku##

mencari kawan yang hilang.. kenal pada 2005..

aku dulu ada kawan yang aku kenal daripada kawan yang lain tahun 2005..mula2 aku tak berapa percaya n kira tak suka la.. tapi kitaorg chat juga.. kira lama juga kitaorg dapat bhubung melalui phone dan berutus surat.. aku tak xpercaya kat dia sampai aku minta salinan ic n gambar dia..dia ni kawan zarip.
tapi tetiba ada banjir yang berlaku kat terengganu.. lepas tu dari hari tu sampai sekarang aku dan dia dah tak pernah contact aku lagi sampai la aku tukar number phone. bila dah lama tak chat tetiba aku rasa rindu pada dia.aku pun dah lupa number phone dia apa.. yang aku inga 0139533 je yang hjg aku dah tak tau.
kalau tak silap aku pernah kirim surat kat dia pas lama tak contact tapi dia diam membisu.. hmm..aku kehilangan kawan yang tak pernah aku jumpa dia...
aku ingat lagi namanya mohd faizal bin rosmi duduk kat bukit tadok kuala telemong,terengganu.. kalau ada yang menyamar nak kenakan aku tu aku tak tau la..
**aku harap kalau betul la itu faizal bukan kawan2 nak menyamar nak kenakan aku, aku harap aku dapa kwn dgn dia lagi**

KUASA ALLAH_kisah aku masa kecik kena hempap setandan buah kelapa

masa aku kecik dulu kawan2 yang paling rapat adalah sepupu aku iaitu ijol ( anak ucu ) dan jeli ( anak along )..aku,ijol dengan jeli ni suka sama n buat benda2 yang
pelik.. ex buat gelanggang silat kat bawah pokok cempedak pastu masak air dalam periuk campur dgn sayuran kononnya herba la.. pas air masak sapu air tu kat
tangan n mula bersilat.. ntah apa motif letak air pun aku tak tau..
pastu kitaorg main pondok2.. bukan pondok2 biasa macam budak2 sekarang.. tp pondok ni dibuat daripada batang pelepah kelapa sawit dengan daun pelepah
kelapa sebagai bumbung,tutup lantai dan dinding.. ada bahagian dapur, bilik, n ruang tamu..kira besar juga la.
kitaorg bertiga juga dulu suka bertani. antara sayur yang pernah ditanam adalah daun sup,kacang tanah,pegaga n aku tak ingat lagi la.. ada la yang tumbuh subur tapi
tanaman kitaorg yang kacang tu xjadi sebab ada satu hari tu tetiba hujan lebat jadi banjir habis tenggelam tanaman kitaorg.
aku ingat lagi, dulu ada rancangan ella dan eli ( dalam citer A.L.O.N.G ) bahagian masak2. jd masa aku kecik2 dulu aku suka masak dengan jeli and ijol tukang rasa..
macam2 juga masakan yang aku cipta sendiri tapi yang simple2 je la..budak2lah katakan.
aktiviti yang tak pernah aku lupa, masa kitaorg bertiga nak makan pelam.. kat kebun belakang rumah aku ada pokok pelam jadi kitaorg bertiga nak makan pelam
bawalah galah yang panjang sebab pokoknya tinggi.. dah dapat makan pelam tekak terasa haus la plak jadi kitaorg dapat idea..
dengan kitaorg bawa galah yang panjang kebetulan panjangnya sampai dengan pokok kelapa yang berhampiran dengan palong.. tanpa membuang masa kitaorg pun
kait la buah kelapa..bila buah kelapa nak jatuh je kitaorg lari.. baru 2 biji jatuh,tak cukup lagi tu.. jadi kait la lagi.. tetiba masa buah kelapa nak jatuh aku terpandang
atas lalu tergamam tak berganjak yang sepupu aku dua org tu dah lari dengan sekelip mata je setandan buah kelapa jatuh atas kepala aku..gedebuk.. kebaboom..
tapi aku tak rasa apa and stay je kat tempat aku berdiri tu.. sepupu aku kelam kabut la.. dipecahkan kelapanya pastu air dituangkan kart kepala aku.. apa motif ntah..
aku ingat umur aku dah xpanjang.. jadi malam tu aku takut nak tidur sebab aku takut esok aku tak dapt bangun.. tapi manalah dapat bertahan lama.. xlama tu
aku tido juga tapi sakitnya kepala aku rasa..aku tak bagitau sapa2 pun pasal hal ni masa tu sebab aku takut..perkara ni menjadi rahsia aku dengan sepupu aku masa
kecik dulu tp sekarang dh tak lagi. aku rasa kepala aku asik sakit je effect daripada kes ni la kot..hmm.. WALLAHUA'LAM..
**itulah dia kuasa ALLAH.. jika DIA berkehendak sesuatu maka jadilah apa yang dikehendakiNYA.. ALHAMDULILLAH umur ku masih panjang**

amalan pemakanan RASULULLAH..

Allah tidak mencipta sesuatu penyakit tanpa mencipta ubat kecuali penyakit tua dan mati.. hanya mereka yang menjaga amalan pemakanan sahaja yangberoleh kepanjangan umur..

- ada penyakit yang berpunca daripda sejuk. elakkan makan makanan yang sejuk sifatnya seperti sebahagian buah buahan atau yang bersuhu sejuk seperti ais..
-peru ialah rumah segala penyakit dan berpuasa adalah ubatnya.. oleh itu, biasakanlah berpuasa sunat..sekurang-kurangnya 3 hari sebulan..sebaik-baiknya berpuasalah 2x seminggu. pd hari isnin dan khamis..
- makanlah secara berjemaah untuk mendatangkan berkat.. sabda rasulullah s.a.w bermaksud : " berjemaah itu rahmat" ( riwayat muslim ) .. "tangan Allah berserta jemaah.( riwayat termizi )
-bagi makanan panas.. tidak digalakkan untuk makan ketika sedang panas kerana tidak baik untuk lidah.. makan makanan yang panas ketika waktu malam akan menyebabkan keluar air liur basi.. air liur basi berbau busuk dan hukumnya najis..
- tanggalkan kasut ketika makan supaya kaki mendapat kerehatan yang lebih terutamanya bagi perjalanan darah..
-makan di pasar yang sibuk bukanlah amalan rasulullah
-rahmat tuhan berada di tengah hidangan..oleh itu, mulakanlah dengan makan makanan yang berada di tepi .
dan berakhir di bahagian tengah
-bersihkan gigi dengan kayu penculik atau benang.. basuh mulut dengan air selepas makan..
-makanan daripada seorang yang soleh ( baik ) menjadi ubat.. makanan daripada seorang yang jahat adalah penyakit.
-makanlah hingga habis ke butir yang terakhir.. jangan makan berlebihan kerana akan membahayakan kesihatan.
- terlalu banyak makan dan minum akan menyebabkan keras hati dan kurang peka.
-elakkan minuman bergas
-apabila berpuasa maka bersahurlah kerana banyak rahmat ALLAH pada waktu tersebut
-elakkan makan makanan yang basi atau terdedah@tercemar
-jauhkan makanan yang tinggi kandunagn bahan perisanya
-elakkan makan ikan pada bahagian kepalanya..
-inai ada pewarna..ia boleh menghindarkan sakit kepala, mencerahkan penglihatan dan menguatkan seks..
-keju memudahkan tidur dan menjadikan penghadaman lancar.

Ahad, 14 Disember 2008

Bulan tersenyum membawa rintihan kepada ALLAH



YA ALLAH, bintang-bintang di langit-Mu telah mula menghilang, mata-mata hamba-Mu tertutup dalam lelap tidurnya. Namun, pintu-pintu-Mu tetap terbuka bagi para pemohon, dan aku datang YA ALLAH. Aku akan datang. YA ALLAH dengan harapan agar kau berkenan menggampuni dosa-dosaku,merahmati diriku dan mempertemukan aku dengan Muhammad datukku di hari kiamat nanti...
YA ALLAH, demi keperkasaan dan keangugan-Mu.sungguh tidaklah aku ingin menolong-Mu,ketika aku berbuat dosa,dan tiadalah aku meragui-Mu ketika aku melangar perintah-Mu...
Dan dengan tali siapakah aku akan bergantung jika KAU memutuskan dariku. Oh...betapa kehinaanku kelak,saat berdiri di hadapan-Mu. Ketika orang yang ringan dosa-dosanya dipersilakan melintasi jalan menuju ke syurga. Sedang mereka yang berat diperintahkan berhenti. Apakah bersama orang-orang yang 'ringan' aku akan melintasi jalan itu, ataukah bersama yang 'berat' aku akan berhenti..
YA ALLAH, Maha Suci Engkau.. dilanggar perintah-Mu seakan kau tidak melihat. Engkau begitu Pemurah dan Pemaaf seakan tidak pernah orang bermaksiat kepada-Mu. KAU dekatkan diri-Mu kepada makhluk-Mu dengan kebaikan-kebaikan-Mu.seakan kau memerlukan sesuatu dari mereka. Sedangkan KAU, wahai Tuhanku, sedemikian luas kekayaan-Mu hingga tidak KAU perlukan sesuatu dari sesiapapun..."
Alangkah susahnya mendidik hati... Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun YA ALLAH, Tuhan yang Maha Penyayang di antara yang penyayang. Kembalilah pada ALLAH wahai diri!
-rintihan Ali Zainal Abidin,cicit RasulullahYA ALLAH, bintang-bintang di langit-Mu telah mula menghilang, mata-mata hamba-Mu tertutup dalam lelap tidurnya. Namun, pintu-pintu-Mu tetap terbuka bagi para pemohon, dan aku datang YA ALLAH. Aku akan datang. YA ALLAH dengan harapan agar kau berkenan menggampuni dosa-dosaku,merahmati diriku dan mempertemukan aku dengan Muhammad datukku di hari kiamat nanti...
YA ALLAH, demi keperkasaan dan keangugan-Mu.sungguh tidaklah aku ingin menolong-Mu,ketika aku berbuat dosa,dan tiadalah aku meragui-Mu ketika aku melangar perintah-Mu...
Dan dengan tali siapakah aku akan bergantung jika KAU memutuskan dariku. Oh...betapa kehinaanku kelak,saat berdiri di hadapan-Mu. Ketika orang yang ringan dosa-dosanya dipersilakan melintasi jalan menuju ke syurga. Sedang mereka yang berat diperintahkan berhenti. Apakah bersama orang-orang yang 'ringan' aku akan melintasi jalan itu, ataukah bersama yang 'berat' aku akan berhenti..
YA ALLAH, Maha Suci Engkau.. dilanggar perintah-Mu seakan kau tidak melihat. Engkau begitu Pemurah dan Pemaaf seakan tidak pernah orang bermaksiat kepada-Mu. KAU dekatkan diri-Mu kepada makhluk-Mu dengan kebaikan-kebaikan-Mu.seakan kau memerlukan sesuatu dari mereka. Sedangkan KAU, wahai Tuhanku, sedemikian luas kekayaan-Mu hingga tidak KAU perlukan sesuatu dari sesiapapun..."
Alangkah susahnya mendidik hati... Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun YA ALLAH, Tuhan yang Maha Penyayang di antara yang penyayang. Kembalilah pada ALLAH wahai diri!
-rintihan Ali Zainal Abidin,cicit Rasulullah

Rabu, 10 Disember 2008

WANITA YANG KU PILIH




bila nanti ada yang mencintaiku

tak akan pernah aku menerimanya

dan bila nanti datang bidadari

tak akan pernah hati ku kan kuberi
kerna kamu wanita yang telah kupilih

cuma kamupenjaga hati ini

kerna kamuwanita yang telah kupilihku

mohon jangan pergi

jadilah wanita yang kupuja utk selama-lamanya

jadilah wanita yang sempurna selama kau bernyawa..
kerna kamuwanita yang telah kupilih

cuma kamupenjaga hati ini

kerna kamuwanita yang telah kupilihku

mohon jangan pergi

jadilah wanita yang kupuja utk selama-lamanya

jadilah wanita yang sempurna selama kau bernyawa..

jadilah wanita yang kupuja utk selama-lamanya

jadilah wanita yang sempurnaselama kau bernyawa..

KAUM HAWA YANG ISTIMEWA





Love is too specific for someone to talk about it….



oh jiwaku, marilah merasai,dekat dengan Islam dekat jua dengan Allah Taala..ketahuilah jiwaku, natijah yang Nampak seolah-olah Islami, tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan Allah, ditolak oleh Allah s.w.t. dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh Allah s.w.t. satu hadith Rasululullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. wajar kita renumgkan.
Perkara pertama yang akan diputuskan di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat Allah, maka ditanya: Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu? Jawabnya: Saya telah berjuang untuk-Mu sehinggalah mati syahid. Jawab Allah: Dusta engkau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telahpun terkenal demikian. Kemudian diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.



Khusus untuk muslimah sedunia….Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukan diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan, harumannya menarik perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagar duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri, Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik……….”Ya Allah, jadikanlah kami bidadari syurga…



Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam, bukan daripada kepala untuk dijadikan pemimpinnya, bukan daripada kaki untuk dijadikan alasnya. Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindunginya dan dekat di hati untuk dicintainya. Sememangnya cinta adalah anugerah ALLAH terhadap hamba-hambaNya. Kita patut mensyukuri anugerah ini kerana tanpa rasa cinta itu, kita tidak akan dapat mencintai dan menyayangi semua orang dalam hayat kita. Kelahiran kita ke dunia juga adalah suatu bukti kekukuhan cinta. Oleh itu, tidak perlu rasa sesal atau mengalah jika kita mencintai seseorang kerana perasaan kasih sayang adalah normal bagi insan bergelar manusia.Cinta kita tidak sebanding cinta Khadijah terhadap Muhammad; sanggup berkorban harta-benda, nyawa malahan segala-galanya demi memperjuangkan ISLAM. Tidak setara dengan cinta Balqis terhadap Sulaiman yang mamapu menyatukan dua buah kota dan tidak mampu menandingi cinta Adam dan Hawa yang bertemu di syurga, terpisah dan menderita tetapi akhirnya bertemu di dunia. Kita sememangnya alpa sehinggakan sanggup mempertaruhkan agama demi cinta yang mungkin akan pudar silaunya, akan hilang serinya. Berdua itu sememangnya lebih baik, tetapi andainya berdua itu menghunus ke arah keruntuhan ISLAM, lebih baik kita berseorangan.Sebagai manusia, kita perlu mencari cinta di atas landasan nidham AL-ISLAM yang mengutamakan agama terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti keturunan, harta-benda dan paras rupa. Semestinya kita tidak mahu anak luar nikah terus-terusan lahir ke dunia hanya kerana atas nama cinta nafsu. Andai lalaki adalah ‘pencinta wanita’, lindungi dan pimpinlah kaum wanita ke jalan yang diredhai ALLAH. Bukan pula menjadi sebaliknya; memperlakukan cinta wanita ibarat ‘habis madu sepah dibuang’. Tidak tercabarkah lelaki yang dijadikan ALLAH sebagai khalifah di muka bumi, tidak mampu memimpin san member apa-apa manfaat sekalipun. Namun, tidak semua lelaki begitu, ada juga yang mencari keredhaan ALLAH dalam cintanya.Apa sebenarnya cinta? Cinta adalah dua jiwa dalam satu fikiran, dua hati dalam satu debaran. Begitulah bunga-bunga cinta. Kadang-kala tanpa sedar, kita jatuh cinta tetapi pada seseorang yang sukar diraih cintanya. Betapa ramai yang hadir dalam hidup kita, tetapi mengapa hanya kepada dia seorang hati kita bertaut? Jawapannya Cuma satu, kerana dia adalah dia dan tiada yang sama dengannya. Kalaulah cinta boleh dibeli, pasti sudah ramai yang mempunyai cinta tetapi tidak semudah itu. Seandainya telah tertulis di loh mahfuz, dia bukan jodoh kita, terimalah sebagai satu dugaan dari ALLAH yang hanya ingin mengukur tahap keimanan kita kepadaNya. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui, dia mungkin bukan jodoh yang terbaik buat kita walaupun kita menyayanginya separuh nyawa sekalipun atau mungkin juga jodoh kita seribu kali lebih baik daripada dia. Jika dia adalah jodoh kita, walau di mana dia berada, kita tetap akan dipertemukan juga kerana jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Yakinlah!!Tiada kata secantik bahasa yang dapat menggambarkan erti cinta sebenar kerana cinta hadir tanpa diundang. Kata orang, ‘dari mata turun ke hati’, begitulah cinta, hanya kerana pandangan pertama atau hanya dengan senyuman sahaja mampu membawa kita ke dunia cinta. Kita tidak akan tahu bila cinta bermula, apa yang penting, kita ingin hidup disampingnya, ingin menyayangi dirinya setulus mungkin, ingin berkongsi segala-galanya dengan dirinya walaupun kadang-kala kita terpaksa akur bahawasanya dia bukan milik kita. Love is when you care someone more than you care about yourself. Bila kita mula menyayangi dirinya? Fikirkanlah......

RASA CINTA DALAM DIRI MANUSIA... PANDANGAN ANDA TENTANG CINTA?


Hari ni, hati sudah mula bicara tentang cinta manusia lantas fikiran menjadi cair menerima pertanyaan tentang konsep cinta itu.. Ya ALLAH, jangan biarkan hati ini lalai.. Cukuplah aku menyatakan cintaku hanya untuk-Mu.. Cinta itu hanya satu pada satu-satu masa.. Andainya, sudah ku punya cinta, mengapa aku perlu cinta yang lain, Ya ALLAH? Seboleh-bolehnya aku tidak mahu persoalan aku ini terjawab, namun aku mengerti, setiap persoalan harus punya jawapan dan jawapan itu pastinya tidak memihak pada aku.. Setiap insane diciptakan berpasangan lalu sudah menjadi kewajiban akan wujudnya perasaan cinta tu.. Wajib?? Terlalu sukar mengatakan konsep cinta ini.Mengapa tatkala hati ini sedang berperang bermadahkan cinta, fikiran menerawang memikirkan dia? Cintakah? Jangan datangkan cinta yang lantas membuat aku lalai terhadap-Mu Ya ALLAH.. Aku akui setiap orang akan dilahirkan dengan rasa ingin dicintai dan mencintai.. Sekiranya sudah tertulis, dia menjadi teman hidupku untuk terus bermusafir ke arah syurga-Mu, aku rela menerima konsep cinta itu.. Namun, seandainya dengan memikirkan dirinya, menyatakan cintaku terhadapnya membuat aku alpa dengan matlamat cintaku terhadap-Mu, aku mohon, lupuskanlah ingatanku dalam mengingati dia.Terlalu jauh hati ini mengembara mencari cinta yang menuju ke arah syurga-Mu sehingga aku malah berbicara dengan diriku konsep cinta-Mu vs cinta manusia lalu aku beranggapan tiada cinta yang seluhur cinta-Mu.. Anggapan?? Tidak, aku meyakininya..!! Tidak perlu aku madahkan, Kau juga sudah tahu apa yang bersarang di hati hamba-Mu ini, bukan? Fitrah untuk mencintai dia dan dicintai olehnya tiap kali menyapa jauh ke dasar lautan hati.. Lapangkanlah hatiku ini Ya ALLAH.. Jika bukan dia Kau titipkan buatku, kirimkanlah cinta yang lebih baik untukku yakni cinta yang bisa membuat aku jatuh ke dasar cinta-Mu.. Aku mohon.. Ya ALLAH..Semakin aku memikirkan soal cinta ini, ku rasakan semakin jauh dari landasan cinta-Mu.. Andai itu berlaku, sebaiknya tidak terlintas difikiran ini untuk terus mendalami cinta itu apa sebenarnya.. Jauh membuatkan dua hati terpisah.. Mengapa aku pasti terbayang dia tatkala aku sedang berkhalwat dengan-Mu dalam menyatakan frasa ini.. Mengapa harus ada cinta yang lain di antara cinta kita Ya ALLAH.. Apa yang sedang musuh anak cucu Adam ini hasutkan pada pemikiran hatiku yang masih mencari nilai cinta, Ya ALLAH? Jauhkanlah mereka dariku.. Sesungguhnya, aku tidak mahu mencari apa konsep cinta itu, namun hati ini terlalu mendesak.. Dari Dasar Hati SEORANG PENCARI CINTA-
'L'

Isnin, 8 Disember 2008

Permainan Kanak-kanak ( IBU AYAM DAN MUSANG)

permainan ni selalu dimainkan oleh kanak-kanak.. cara permainan ni

1. ibu ayam akan meminta kunci rumah pada musang..

2. selepas musang memberi kunci, ibu dan anak ayam pergi bersiar-siar

3. tiba-tiba kunci rumah hilang, ibu ayam pergi mencari musang untuk meminta kunci lagi

4. musang marah dan ingin seekor anak ayam sebagai ganti..

5. musang merebut anak ayam yang berlindung di belakang ibu mereka

6. ibu ayam hendaklah menjaga anak-anaknya daripada direbut oleh musang

7. permainan habis apabila musang dapat tangkap anak ayam.. xpun musang dah fed up nak

kejar anak ayam